Powered By Blogger

Sunday, February 14, 2016

All about indovision malay version


Bagaimana hendak mendapatkan siaran ini.


Bagi mereka yang telah memiliki universal decoder seperti Skybox, Openbox, Dreambox dan lain-lain jenama, inilah peluang yang seharusnya tidak boleh dilepaskan kerana anda hanya perlu menambah dish dan LNB S Band. Anda boleh berjimat dengan menggunakan dish astolol beyond yang bersaiz 65cm dengan menghalakannya lebih kurang ke arah Tenggara. Walau bagaimana pun, sangat digalakkan menggunakan dish bersaiz 75cm kerana spesifikasi asal Indomee menggunakan saiz itu. Contoh screen capture yang saya ambil dari http://www.dishpointer.com/ dapat membezakan arahnya dengan jelas, hampir bertentangan dari arah satelit Measat. Dipaparkan juga maklumat tentangan dongakan dish (Elevation) dan LNB Skew (arah LNB atau pusingan LNB) dan maklumat penting yang lain.

LNB S Band

Selain dari itu, adalah penting untuk mendapatkan LNB khusus untuk S Band yang siarannya dipancarkan di dalam frequensi 2.5 ke 2.7 GHz. Semua frequensi transponder boleh dirujuk di laman Lyngsat seperti link di atas sama ada Vertical atau Horizontal. Satu lagi nasihat yang penting ialah untuk berhati-hati dalam memilih dan membeli LNB S Band. Pengalaman saya sendiri, kerana hendak membeli yang murah, saya membeli LNB S Band clone buatan China yang tiada jenama langsung, difahamkan ada jenama lain seperti PA**A. Pada permulaannya tiada masalah, namun tidak sampai 2 bulan, LNB tersebut mula memberikan masalah dengan kualiti signalnya menurun dan sangat lemah mengakibatkan gambar di skrin TV pecah-pecah. Seorang rakan saya mengalami nasib yang lebih buruk kerana LNB tersebut terus gagal berfungsi dan keluar mesej No Signal, tidak sampai 2 minggu setelah dipasang.



Kesimpulan


Kepada sahabat-sahabat yang masih berkira-kira untuk mendapatkan siaran ini, saya yakin setelah memasangnya, anda tidak akan menyesal dengan siaran-siaran hebat yang disediakan selain dari kebal hujan seperti yang telah dinyatakan di atas. Subtitle atau sarikatanya dalam Bahasa Indonesia tidak sulit untuk difahami, malah memberi peluang untuk kita belajar bahasa Indonesia, sahabat serumpun kita. Jadi kenapa dan mengapa masih tertunggu-tunggu, belilah LNB tersebut dan belajarlah cara untuk membidik dengan tepat satelit tersebut atau dapatkan perkhidmatan dish installer dengan kadar bayaran perkhidmatan yang berpatutan. Sekiranya tembakan ke satelit itu tepat, anda akan memperolehi 133 channel semuanya. Untuk maklumat, satelit ini mempunyai 10 transponder, 5 dalam polarity Horizontal dan 5 dalam polarity Vertical. Frequency LNB ialah 5150. Rujukan frequency untuk 10 transponder seperti di bawah:



4185/H/22500
4155/H/22500
4125/H/20000
4094/H/22500
4065/H/22500
4185/V/22500
4155/V/22500
4124/V/22500
4095/V/22500
4065/V/22500



No comments:

Post a Comment