Skybox Openbox
All about skybox and dreembox guide and information..find howto and DIY for you satellite tv.
Sunday, February 14, 2016
importance website finding your satelite
1.lyngsat
here you can find all info about all the satellite in the world. it include all the update TPlist and all satellite that beam to your local land.
2.dishpointer
here you can find where to point your dish .map like view from your place make it easy to make you get the sweet spot for your dish alignment.
here you can find all info about all the satellite in the world. it include all the update TPlist and all satellite that beam to your local land.
2.dishpointer
here you can find where to point your dish .map like view from your place make it easy to make you get the sweet spot for your dish alignment.
importance tips buying and renting a box and a server -malay version
Bagi mereka yang telah membeli tiket untuk menonton Pay TV dari pembekal, kadang-kadang merasa kecewa dan marah apabila sedang asyik menonton siaran, tiba-tiba sahaja siaran tersebut gelap dan keluarlah tulisan keramat iaitu Scrambled.
Tentu perkara ini sangat mengecewakan. Namun kita perlu sedar bahawa tiada satu pun pembekal tiket tersebut yang boleh memberi jaminan secara realitinya bahawa connectiondecoder kita ke server mereka seratus peratus terjamin. Walau bagaimana hebat kata-kata mereka, janganlah mudah percaya. Malah ada pembekal tiket yang menjual 'life time' tiket... wow... kalau anda berumur 30 tahun dan katalah jangka hayat kita hingga umur 60 tahun, maka penjual tiket tersebut berjanji untuk memberi perkhidmatan server tersebut selama 30 tahun. Boleh percaya ke? Teknologi setiap masa akan berubah, syarikat TV Satelit sangat 'sakit hati' apabila kita berkongsi beramai-ramai siaran mereka dan mereka sentiasa akan berusaha untuk meningkatkan teknologi 'encryption' masing-masing.
Selain dari itu, sambungan internet kepada server juga menjadi faktor iaitu kebanyakannya akan menggunakan perkidmatan sambungan Dynamic IP. Dynamic IP bermaksud alamat IP server tersebut akan berubah apabila internet disconnected, iaitu apabila terputus. Maknanya walaupun server tersebut sentiasa hidup, decoder pelanggan masih gagal untuk bersambung dengan server kerana perubahan nombor IP, dimana Dynamic Domain Name Server masih tidak dikemaskini kepada nombor IP yang terbaharu. Penerangan ini mungkin agak sedikit teknikal dan ada yang kurang faham.
Walau bagaimanapun, tips berikut sangat berguna:
1. Jenis Decoder. Pilihlah decoder yang popular dan disukai ramai, kerana apa yang disukai ramai itulah mempunyai kelebihan dari segi harga dan kualiti. Cuba dapatkanreview atau pendapat dari mereka yang telah menggunakannya dengan membuat carian di google atau bertanya kepada kawan-kawan yang telah membelinya. Terlalu banyak jenama yang ada dipasaran dengan spesifikasi yang tertentu dan sudah semestinya ianya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
2. Server. Cari pengendali server yang menawarkan dua server atau lebih demi untuk menjamin kelangsungan anda menonton siaran TV tersebut. Mereka yang menjual akaun server dengan harga yang murah biasanya hanya mempunyai satu server sahaja kerana kos mereka rendah. Oleh sebab itulah mereka berani menawarkan harga yang rendah dan biasanya mereka tidak akan menyatakan hanya mempunyai satu server, kecuali ditanya. Risikonya apabila satu-satunya server tersebut menghadapi masalah seperti server yang terlalu sesak, internet terputus dengan berbagai sebab atau lain-lain perkara, pelanggan sendiri yang akan menanggung akibat dengan tidak dapat menonton apa-apa siaran. Jangan kerana perbezaan beberapa puluh ringgit anda mudah terpesona. Buat sedikit kajian kenapa dan mengapa. Server tambahan sudah tentunya melibatkan kos yang perlu dibayar. Satu lagi perkara, sekiranya anda telah melanggan dari pengendali yang menawarkan dua server contohnya, cuba ping ke alamat server tersebut dan sekiranya ping menunjukkan nombor IP yang berlainan, memang itulah yang terbaik. Namun sekiranya IP menunjukkan IP yang sama, kemungkinan besar anda telah tertipu. Dengan sedikit 'silap mata', pengendali server boleh menawarkan dua, tiga malah empat server kepada anda, namun pada akhirnya semua alamat server tersebut menuju kepada IP yang sama. Lebih jelas kalau diumpamakan seorang manusia, orang yang sama, susuk tubuh yang sama tetapi mempunyai tiga atau empat nama yang berbeza.
3. Kepakaran Dalam Linux. Perkara ini susah untuk dikenal pasti, melainkan anda telah mengenali individu yang mengendalikan server tersebut. Ini penting kerana pengendali server yang mempunyai asas Linux yang kuat mempunyai kelebihan berbanding mereka yang tiada asas atau baru belajar. Perkara ini amat mustahak kerana server untuk perkongsian kad ini menggunakan sistem operasi Linux. Pengendali server yang berpengalaman dalam Linux pastinya tahu bagaimana untuk menentukan server tersebut dalam prestasi yang sangat memuaskan serta tahu bagaimana untuk menentukan alamat IP server tersebut sentiasa dikemaskini dengan Dynamic Domain Name Server apabila nombor IP berubah. Pengendali yang biasa menggunakan Windows sudah tentu kurang faham akan selok belok Linux dan hanya terpaksa menggunakan Linux kerana server ini hanya beroperasi menggunakan Linux.
4. Spesifikasi Server. Juga sukar untuk pelanggan mengetahuinya. Namun boleh mendapatkan kepastian dari pengendali server tersebut, adakah server mereka menggunakan PC biasa sebagai server atau spesifikasi server yang sebenar? Yang jelasnya, sekiranya menggunakan PC biasa sebagai server, PC biasa tidak direka untuk dihidupkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Pada satu-satu masa, PC tersebut akan 'crash' apabila berlaku 'hardware failure' seperti kerosakan hardisk, memory atau main board. Namun sekiranya menggunakan 'proper server', itu adalah yang terbaik kerana PC server direka untuk dihidupkan dalam tempoh yang panjang sehingga bertahun-tahun lamanya.
All about indovision malay version
Bagaimana hendak mendapatkan siaran ini.
Bagi mereka yang telah memiliki universal decoder seperti Skybox, Openbox, Dreambox dan lain-lain jenama, inilah peluang yang seharusnya tidak boleh dilepaskan kerana anda hanya perlu menambah dish dan LNB S Band. Anda boleh berjimat dengan menggunakan dish astolol beyond yang bersaiz 65cm dengan menghalakannya lebih kurang ke arah Tenggara. Walau bagaimana pun, sangat digalakkan menggunakan dish bersaiz 75cm kerana spesifikasi asal Indomee menggunakan saiz itu. Contoh screen capture yang saya ambil dari http://www.dishpointer.com/ dapat membezakan arahnya dengan jelas, hampir bertentangan dari arah satelit Measat. Dipaparkan juga maklumat tentangan dongakan dish (Elevation) dan LNB Skew (arah LNB atau pusingan LNB) dan maklumat penting yang lain.
LNB S BandSelain dari itu, adalah penting untuk mendapatkan LNB khusus untuk S Band yang siarannya dipancarkan di dalam frequensi 2.5 ke 2.7 GHz. Semua frequensi transponder boleh dirujuk di laman Lyngsat seperti link di atas sama ada Vertical atau Horizontal. Satu lagi nasihat yang penting ialah untuk berhati-hati dalam memilih dan membeli LNB S Band. Pengalaman saya sendiri, kerana hendak membeli yang murah, saya membeli LNB S Band clone buatan China yang tiada jenama langsung, difahamkan ada jenama lain seperti PA**A. Pada permulaannya tiada masalah, namun tidak sampai 2 bulan, LNB tersebut mula memberikan masalah dengan kualiti signalnya menurun dan sangat lemah mengakibatkan gambar di skrin TV pecah-pecah. Seorang rakan saya mengalami nasib yang lebih buruk kerana LNB tersebut terus gagal berfungsi dan keluar mesej No Signal, tidak sampai 2 minggu setelah dipasang.
Kesimpulan
Kepada sahabat-sahabat yang masih berkira-kira untuk mendapatkan siaran ini, saya yakin setelah memasangnya, anda tidak akan menyesal dengan siaran-siaran hebat yang disediakan selain dari kebal hujan seperti yang telah dinyatakan di atas. Subtitle atau sarikatanya dalam Bahasa Indonesia tidak sulit untuk difahami, malah memberi peluang untuk kita belajar bahasa Indonesia, sahabat serumpun kita. Jadi kenapa dan mengapa masih tertunggu-tunggu, belilah LNB tersebut dan belajarlah cara untuk membidik dengan tepat satelit tersebut atau dapatkan perkhidmatan dish installer dengan kadar bayaran perkhidmatan yang berpatutan. Sekiranya tembakan ke satelit itu tepat, anda akan memperolehi 133 channel semuanya. Untuk maklumat, satelit ini mempunyai 10 transponder, 5 dalam polarity Horizontal dan 5 dalam polarity Vertical. Frequency LNB ialah 5150. Rujukan frequency untuk 10 transponder seperti di bawah:
4185/H/22500
4155/H/22500
4125/H/20000
4094/H/22500
4065/H/22500
4185/V/22500
4155/V/22500
4124/V/22500
4095/V/22500
4065/V/22500
4155/H/22500
4125/H/20000
4094/H/22500
4065/H/22500
4185/V/22500
4155/V/22500
4124/V/22500
4095/V/22500
4065/V/22500
Tutorial How to Connect wifi from SkyBox OpenBox
here are a tutorial video how to connect a wifi connection on your box.
click here to view it.
Saturday, April 26, 2014
DIY SBand instalation
Here are the guide howto install Sband LNB into your satellite.
Use the correct length for the SBand bracket..refer to the picture.
Use the correct length for the SBand bracket..refer to the picture.
iptv for openbox
here are the channel iptv link that you can put on you openbox.just save the link in a text doc and put a iptvlist.txt as the file name and save it on your pendrive.
here are the list.
here are the list.
http://adf.ly/kcw7O
for viewing the iptv on your laptop here are the software
click this link
http://adf.ly/kd0WS
Subscribe to:
Comments (Atom)



